Wednesday, October 12, 2011

Tahan kencing memang payah . Tapi tahan kentut lagi payah

Hai . Okay tajuk takde kena mengena and macam haram je tajuk dia . Jam sekarang 12.15 am , so selamat tengah malam kepada yang masih bernafas , walaupun nafas anda tak seharum orkid yang baru mekar di taman bunga . Sebenarnya saya ingin meluahkan isi hati atau dengan kata lain (on the other hand) saya ingin mengemukakan pemdampat yang kadang kadang dibangkang , dicemuh , dicela kerana tak berapa sohih .

Ada yang cakap "Tak perlu couple couple ni. Kawan je sudah. Sebab nanti kalau dah bercinta, mulalah timbul perasaan cemburu yang rabun kronik. Mungkin juga buta. Dari situ ada yang mula pertikaikan kalaulah berkawan je, tak lah bergaduh sampai jadi macam ni"


Bagi yang tengah hebat bercinta  " Kalau dua-dua saling percaya, tak adanya timbul soal cumburu rabun kronik mahupun cemburu buta."


Jawapan ini diberikan oleh dua individu . Seorang single berumur 20 tahun dan seorang yang sedang ghairah bercinta berumur 21 tahun . Respondent ini dipilih melalui  Simple Random Sampling dan method ni merupakan method yang sangat leceh kerana kena mengkaji balik buku Statistics for UITM yang sudah aku campak atas almari . Jawapan mereka berlainan . Kenapa jawapan si single macam tu ? Adakah dia tak pernah bercinta atau ada sebab sebab tertentu . Mungkin dia tak cukup kacak nak ada kekasih hati . Dan kenapa pula seorang lagi punya jawapan macam tu . Mungkin dia terlalu handsome sebab tu dia ada awek . Mungkin kita kena mintak pendapat Dr Rozmey . hanya dia kunci yang boleh merungkai segala misteri di atas . Yahh mungkin

Bagi mereka yang belum ada kekasih . Ibu saya ada pesan . Doalah macam ni

"Ya Allah, berikanlah aku jodoh yang terbaik buat aku serta berikanlah yang beriman"


Kalau dah ada kekasih doalah macam ni , diharap berdoa dengan ikhlas dan tidak bongkak

"Ya Allah, jadikanlah kekasih aku ni jodoh yang terbaik buat aku serta jadikanlah dia kekasih yang beriman kepada-Mu Ya Allah"


Okay baru sekarang aku terasa diriku macam gampang sebab buat entry macam ni . okay tak buat lagi . bye

No comments:

Post a Comment